Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tiga Sahabat Warga Emas Bera Teruja Sambut KMJG 2023

By 28 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

BERA, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Negeri Pahang pada Rabu lalu di Kuantan, Maran dan Jerantut, semalam telah melalui Temerloh, Bera serta Pekan dan akan berakhir pada hari ini di Rompin.

Menariknya, semasa sambutan titik semakan keenam, di sini terdapat tiga sahabat warga emas yang turut serta menyambut ketibaan konvoi KMJG 2023 ini.

Menurut Sabariah Ali, 61, sepanjang hidupnya inilah kali pertama beliau melihat konvoi kembara sampai di kampung halamannya Kampung Batu Papan.

“Saya begitu teruja hadir ke majlis bagi meraikan peserta KMJG 2023 ini. Saya amat berharap program seperti ini diteruskan pada masa hadapan dan konvoi ini datang lagi ke sini.

Manakala seorang lagi warga emas Hapsah Awang, 64, melahirkan keterujaannya apabila dapat melihat sendiri dengan lebih dekat konvoi kembara.

“Saya mengetahui tentang program ini daripada kumpulan WhatsApp kampung beberapa hari lepas dan hadir pada hari ini untuk tidak melepaskan peluang menyokong kempen kerajaan kerana dapat memupuk rasa kecintaan kepada negara.

Seorang lagi sahabat mereka Badariah Seman, 60, dari Kampung Batu Papan Tengah, berkata beliau sebelum ini bekerja, jadi tidak berpeluang mengikuti program seperti ini.

“Saya baharu sahaja bersara beberapa bulan lepas. Seronok apabila dijemput ke program konvoi kembara ini dan berharap dapat dikekal kepada generasi akan datang kerana semangat patriotik ini perlu diterapkan sejak mereka muda lagi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda