Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Umat Islam Labuan Imarahkan Sambutan Maal Hijrah

By 19 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Umat Islam di pulau ini mengimarahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun 1445H/2023M bertempat di Masjid Jamek An-Nur, di sini semalam.

Majlis dimulai dengan bacaan doa akhir tahun 1444H, bacaan doa awal tahun 1445H dan bacaan Yasin serta Tausiyah yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Jamek Layang-Layangan Adlil Rujhan Mohd Nasir.

Adlil dalam ceramahnya turut mengajak umat Islam menginsafi peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan ajaran Islam di muka bumi sekali gus mengajar umat Islam lebih tabah dalam membuat perubahan yang lebih baik di dalam kehidupan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Dr. Othman Che Jusoh, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan Sazali Ridthauddin Shahbudin dan Pengerusi Masjid Jamek An-Nur Osman Kadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda