Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

2023 Tahun Penguatkuasaan JPJ

By 11 Ogos 2023Ogos 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Tahun 2023 merupakan Tahun Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Malaysia.

Menurut Pengarah JPJ Sabah Mohd Harris Ali, pihaknya akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas ke atas semua pengguna jalan raya di Sabah dan Labuan.

“Kegagalan mematuhi perkara asas dalam undang-undang jalan raya seperti tidak memiliki lesen memandu dilihat menjadi punca berlakunya peningkatan dalam penyitaan kenderaan terutamanya motosikal.

“JPJ tidak akan berkompromi atas kesalahan ini kerana ianya melibatkan nyawa dan keselamatan, semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas jalan demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya,” atanya semasa ditemui pada Operasi Bersepadu, di sini semalam.

Jelasnya lagi, operasi bersepadu yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu merupakan kali yang ketiga dilaksanakan selepas dilaksanakan di Tawau dan Sandakan.

“Seramai 37 pegawai dan anggota semua agensi terlibat pada operasi kali ini di mana sebanyak 287 kenderaan telah diperiksa serta 40 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda