Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Warung Telaga, Lubuk Berkongsi Rezeki

By 11 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Suzira Zainol Abidin/Muhammad Fakhri (Perak)

KUALA KANGSAR, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Keenakan juadah petang di Warung Telaga dan suasana kedai yang cukup unik dengan kepelbagaian barangan antik menjanjikan satu kelainan kepada pengunjung.

Menu utama iaitu laksa begitu sinonim dengan daerah ini dan konsep warung bertemakan ‘retro’ pastinya menggamit pengunjung untuk datang seterusnya merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024.

Bagi pemiliknya, Mohd Azami Mohd Said, 68, perusahaan yang dijalankan sebagai memanfaatkan kehidupan selepas berpencen ini diniatkan bagi membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Mohd Azami menjadi inspirasi sebagai pengusaha warung yang berjaya membangunkan perniagaannya di samping menyalurkan sumber rezekinya ke arah kebaikan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda