Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hari Tanpa Kenderaan Semarak Bulan Kebangsaan Daerah Muallim

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazrin Fadar/Faizzad Kamal (Muallim)

TANJONG MALIM, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) di Dataran RM Idris, di sini pada Sabtu menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di daerah ini.

Menurut Yang Dipertua MDTM Mohd Ikram Ahmad, program tersebut diadakan untuk kali kedua bagi tahun ini dengan membawa tema Semarak Hari Kemerdekaan bersempena Bulan Kebangsaan.

“Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk kayuhan basikal sejauh 8 kilometer di sekitar pekan Tanjong Malim, pertandingan mewarna, deklamasi sajak, sukaneka dan demonstrasi membuat batik tanah liat.

“Kita turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada premis perniagaan di sekitar pekan Tanjong Malim untuk dikibarkan sepanjang bulan ini,” katanya.

Beberapa jalan terlibat ditutup bermula pukul 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Salina Samsudin dan ADUN Slim Muhammad Zulfadli Zainal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda