Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KMJG 2023 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Melabuhkan Tirai

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 melabuhkan tirai kelmarin setelah dua hari menjelajah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Konvoi KMJG Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 15 kenderaan pacuan empat roda dan 26 motosikal berkuasa tinggi itu telah menyusuri jalan-jalan utama sekitar ibu kota sambil memainkan lagu-lagu patriotik bersama kibaran Jalur Gemilang.

Menurut Ketua Konvoi Lim Ann Teck, KMJG 2023 mempunyai keunikan tersendiri di mana kembara ini mempunyai 66 hentian secara keseluruhan di seluruh Semenanjung.

“Angka 66 ini dipilih kerana ianya adalah simbolik bagi sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 pada tahun ini.

“Konvoi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada kali ini membabitkan 72 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang telah menyemarakkan semangat patriotik sepanjang perjalanan sejauh 65 kilometer sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya,” jelasnya.

Menurutnya, konvoi KMJG ini akan kembali pada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda