Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jualan Agro Madani Tawar Bekalan Agromakanan Harga Berpatutan

By 5 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus/Berry Taimin (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Jualan Agro Madani merupakan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkonsepkan jualan pada harga berpatutan dan rendah berbanding harga pasaran.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Sabah Sarman Sidno fokus program ini menjamin ketersediaan bekalan agromakanan dan memberi pilihan kepada pembeli untuk mendapatkan bekalan agromakanan pada harga yang munasabah.

“Harga jualan merangkumi penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi produk terpilih.

“Fokus lokasi bagi program ini adalah di kompleks atau premis kerajaan, cawangan peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Agro Madani, di sini semalam.

Tambahnya, istimewanya hari ini adanya promosi Kombo Madani iaitu jualan barangan runcit berpakej dilengkapi keperluan seperti ayam, sayur, dan bahan-bahan runcit lain.

“Nilai setiap kombo madani ini RM20 namun terhad kepada 100 pengunjung sahaja,” kongsinya.

Sementara itu, menurut seorang usahawan Augustina J Ringgingon, 22,  program ini memberi peluang kepada anak muda belajar menjadi usahawan.

“Saya harap program ini diteruskan agar kami anak muda lebih bersemangat menceburi bidang usahawan selain mengembangkan jualan agromakanan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda