Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Utamakan Kemudahan dan Infrastruktur Terbaik untuk Rakyat

By 30 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Jasin)/JKR

MELAKA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Melaka sentiasa berusaha menyediakan kemudahan dan infrastrukrur terbaik untuk rakyat.

Menurut beliau Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Hameed Mytheen Kunju Basheer kerajaan negeri begitu mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lebih kondusif dengan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

“Kerja-kerja menaik taraf kemudahan di kompleks ini yang dijalankan oleh pihak kontraktor tempatan dengan nilai kontrak sebanyak RM4.5 juta ini telah dimulakan pada 20 Julai 2021 dan siap sepenuhnya pada 15 Ogos lalu.

“Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang terlibat dalam melaksanakan projek ini dengan sempurna dan ianya boleh menjadi satu mercu tanda kecemerlangan dalam melaksanakan projek baharu pada masa hadapan,” ujarnya.

Hameed berkata demikian di Majlis Penyerahan Projek Kerja Menaik taraf Kemudahan di Kompleks Saujana Asahan, dekat sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Zahari Abdul Kalil, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia Abdul Rashid Yaakop dan Jurutera Daerah Jasin Kalam Mohd Noor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda