
Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Taman tema alam semula Borneo Happy Farm kini semakin menjadi tumpuan aktiviti-ativiti riadah keluarga penduduk di sini.
Taman yang terletak di Jalan Batu Kawa-Bau itu dan mengambil masa kira-kira 45 minit pemanduan kereta dari Kuching menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mendekati pelbagai spesis flora dan fauna yang terdapat di situ.
Voon Chai Ping, 40, yang berkunjung buat kali pertama bersama keluargannya ke Borneo Happy Farm, berkata taman tersebut amat unik dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat lawatan keluarga semasa cuti umum dan cuti sekolah.
Katannya, taman tema itu turut menyediakan pakej lawatan untuk pelajar sekolah lengkap dengan pemandu pelancong dan pelbagai aktiviti menarik.
“Saya bukan sahaja tertarik dengan ketenangan di sekitar kawasan ini malah berpeluang menyaksikan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan dengan lebih dekat yang mungkin sukar dijumpai di tempat lain,” katanya.
-ZS-