Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Oceanman Lonjak Industri Pelancongan Redang

By 27 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi (Terengganu)

KUALA NERUS, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 501 orang peserta daripada 31 negara seluruh dunia menyertai ‘open water swimming’ (pertandingan renang sejadi) Oceanman Redang Terengganu 2023 di Perairan Pulau Redang yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Yusof Zakaria, berkata program ini dijangka memberikan impak yang besar kepada penduduk setempat terutamanya yang terbabit dalam industri pelancongan di Pulau Redang.

Katanya, penganjuran program yang diadakan buat julung kali di pulau itu dilihat mampu mempromosikan Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan dan pertandingan renang sejadi di peringkat antarabangsa.

“Langkah ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej Terengganu, khasnya Pulau Redang di mata dunia,” katanya pada sidang media pada majlis perasmian program itu.

Oceanman adalah kejohanan renang perairan terbuka melibatkan lima kategori berasingan iaitu merangkumi acara berpasukan (3 x 500 m), kanak-kanak (500m), pecut (2km), separuh Oceanman (5km) dan kategori utama iatu Oceanman (10km).

Penganjuran Oceanman kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2018 sebelum pandemik COVID-19 di Langkawi dan program ini akan dimasukkan dalam Kalendar Acara Tahunan (COE) Terengganu pada tahun yang akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda