Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Anak Wakil Arwah Bapa Terima Sijil Undang Sebak Hadirin

By 27 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil arwah bapanya yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.

Alif Alimi Ashraf, 22, bersama adiknya Alissa Atasha, 19, tiba di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) untuk menerima Sijil Kejuruteraan Mekanikal Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50.

Situasi tersebut turut mengundang rasa sebak para hadirin yang berada di Dewan Al Jazari, di sini semalam.

Menurut Alif Alimi, bapanya bertugas sebagai Penolong Kanan Pengeluaran, Jabatan Lukisan Elektrisola (M) Sdn Bhd menyambung pengajian peringkat sijil di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Kursus Terlanggan PSA.

“Arwah telah lama menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran namun tertangguh akibat faktor kerja dan keluarga.

“Ayah sangat teruja bila dapat sambung belajar dan sangat komited dalam pelajaran sehingga sanggup berulang alik ke PSA dari rumah kami di Janda Baik, Pahang setiap hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen PSA Kali ke-24 disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts Muhamad Rumzi Mamat.

Seramai 1,571 graduan menerima sijil pada majlis konvokesyen kali ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda