Skip to main content
Berita TempatanLabuan

‘One Hour Labuan Clean Up’ Langkah Pertama Memperkasa Semangat Gotong-Royong

By 28 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Program ‘One Hour Labuan Clean Up’ merupakan langkah pertama dalam usaha memperkasakan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk di pulau itu.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek program itu mengajak masyarakat untuk menjalinkan kerjasama yang erat demi kebaikan bersama.

“Dalam semangat ini, marilah kita bersama-sama menjayakan setiap usaha yang telah dirancang untuk memajukan kehidupan komuniti kita dan saya turut berharap usaha dan sokongan semua pihak yang terlibat untuk tidak terberhenti disini tapi terus menjalankan program ini pada setiap bulan, pihak saya akan sedaya upaya membantu dan memberi sokongan padu kepada program ini,” katanya semasa merasmikan program itu di Kolej Matrikulasi Labuan, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Francis Paul, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan Mohd Mahyuddin Mohd Noordin dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan S Roslee Matusin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda