Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kumpul Barangan Antik Bantu Pelihara Khazanah Lama

By 28 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Aktiviti mengumpul barangan antik bukan sahaja dianggap sebagai hobi malahan ia turut membantu memelihara dan mengekalkan keunikan sebahagian artifak serta khazanah lama tinggalan sejarah untuk tatapan generasi akan datang.

“Saya mula mengenali barangan dan tempayan antik bermula dari kecil semasa tinggal dan membesar dengan nenek yang mempunyai tempayan yang digunakan untuk membuat ikan peram atau budu.

“Minat yang mendalam menyebabkan saya menceburi bidang perniagaan tempayan antik secara serius. Saya mengumpulnya sedikit demi sedikit bermula pada tahun 2019 dan kini saya sudah memiliki lebih 500 buah tempayan,” katanya Mohd Aman ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Mohd Aman Daiman Ismail, 36, yang berasal dari Beris Kubur Besar, Bachok adalah pemilik Treasure Garden di Kampung Bechah Limbat, Kok Lanas yang menjual pelbagai jenis tempayan antic.

Menurut Mohd Aman lagi, kini beliau sudah memiliki sebuah galeri tempayan antik yang terpilih

“Pihak kami turut menjual pokok papyrus dan menyediakan inap desa untuk peminat barang antik yang datang dari luar negeri.

“Semoga perniagaan ni semakin berkembang dan semakin dikenali kepada masyarakat umum di Malaysia dan luar negara,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda