Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pupuk Perpaduan dan Sayangkan Negara Sejak Kecil

By 25 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’.

Itulah pepatah yang sesuai menggambarkan pembentukan rasa cinta dan sayang kepada negara serta semangat perpaduan yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Guru Tabika Perpaduan Wisma Muhibbah Brinchang, Thiruselvi Gunasagaran, 29, berkata sesi persekolahan merupakan platform terbaik bagi memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum di awal usia lagi yang mana ia mampu memberi kesan yang besar dalam membentuk kesepaduan rakyat Malaysia secara berterusan.

“Banyak lagi program yang dirangka sepanjang bulan Ogos dan bulan September bagi mewarnai dan memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan seperti Busana Kreatif, Lensa Murni, mewarna Jalur Gemilang, penceritaan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan dan pelbagai lagi,” ujarnya yang membawa 15 pelajar tabika beliau menyertai perarakan Malaysiaku Merdeka, di sini semalam bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Bagi Mohd Noor Hadi, 32, perpaduan adalah tunjang utama negara ini kerana lahirnya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini.

“Jika kita sebagai ibu bapa tidak memupuk dan menjaga perpaduan ini, siapa lagi yang akan mengajar anak-anak kita?,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda