Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)
BAGAN DATUK, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kibar Jalur Gemilang (KJG) Peringkat Daerah Bagan Datuk berlangsung meriah dengan aktiviti konvoi bot di sepanjang laluan Sungai Perak, di sini semalam.
Program ini mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persatuan nelayan dan pemilik bot persendirian.
Pegawai Daerah Muhamad Ghopran Yeop Hamzah selaku perasmi program membuat pelepasan konvoi di jeti Dataran Waterfront Bagan Datuk dan konvoi berakhir di Jambatan Bagan Datuk.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua agensi dalam memeriahkan program ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perpaduan Raja Noor Safeera Raja Ibrahim berharap semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
Peserta berpeluang untuk menikmati panorama indah di sepanjang laluan ketika bot melalui Masjid Terapung Tuminah Hamidi dan Replika Kapal Sultan Perak Pertama.
-ZS-