Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rukun Negara Asas Penyatuan Bangsa Malaysia

By 14 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama membentuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan Bangsa Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berharap agar Rukun Negara tidak hanya menjadi perhiasan dan sebutan di bibir sahaja, tetapi hendaklah dijadikan pelita di hati.

“Dalam menyokong hasrat tersebut, baru-baru ini kerajaan telah bersetuju dengan cadangan supaya sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara dalam program- program rasmi kerajaan termasuk majlis perhimpunan di semua sekolah.

“Kebersamaan kita untuk memahami aspirasi ini dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian adalah sangat dituntut agar aspirasi yang diinginkan ini dapat direalisasikan secara lebih sempurna dan mantap,” katanya di Majlis Peluncuran Program Eksplorasi Rukun Negara (ERN) di MyTown, Cheras, di sini semalam.

Menurut seorang pengunjung Farah Azura Ismail, 36, program ini dapat memupuk dan memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyat dengan lebih luas lagi.

Adik Aniq Najman, 12, dari Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa yang hadir, berkata program yang diadakan sangat bermanfaat kepada pelajar kerana menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti permainan dan kuiz Rukun Negara dengan hadiah yang menarik.

Seorang lagi pengunjung Wan Zumaizah Wan Mustafa, 44, berkata program yang diadakan seperti ini sangat baik kepada semua kerana Rukun Negara bukan sahaja untuk dihafal, tetapi dihayati dan diamalkan.

“Usaha yang kerajaan lakukan ini perlulah diteruskan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda