Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

AADK Johor Fokus 17 KBT pada 2023

By 13 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat

KLUANG, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor fokus untuk menurunkan kadar penagih di 17 mukim Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) pada 2023 dengan memantau dan menghijaukan kawasan-kawasan tersebut seiring dengan sasaran Dadah Terkawal 2025.

Menurut Pengarah AADK Negeri Johor Azli Ubin, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan sasaran Dadah Terkawal 2025 terlaksana.

“Sebelum ini negara kita sasarkan sifar dadah pada tahun 2015 dan telah terbukti kita gagal. Maka pada tahun 2020 kita sasarkan untuk memastikan dadah terkawal menjelang 2025,” ujar beliau semasa menjadi salah seorang ahli panel dalam forum Program Komuniti Prihatin, Kluang Sejahtera di perkarangan Masjid Al-Ubudiyah, Machap, Kluang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Hajah Syarifah Azizah Syed Zain, berkata statistik menunjukkan kes belia yang terlibat dalam kancah dadah semakin merunsingkan dari semasa ke semasa dan dadah masih musuh nombor satu negara.

“AADK dan Kerajaan Negeri Johor memerlukan sokongan semua untuk memastikan dadah dapat dibenteras dari akar umbi.

“Johor beriltizam memastikan semua mukim dalam Negeri Johor dapat dihijaukan melalui Program Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah (JIHAD) 2025,” ujar beliau ketika mewakili Menteri Besar Johor bagi merasmikan Komuniti Prihatin, Kluang Sejahtera di sini.

Penganjuran Program Komuniti Prihatin, Kluang Sejahtera ini adalah inisiatif dan kolaborasi Majlis Tindakan Membenteras Dadah Daerah Kluang (MTMD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kluang.

Turut diadakan penyampaian sijil kepada Ikon Antidadah Daerah Kluang dan Ikon Antidadah Kawasan Machap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda