Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sambutan Bulan Kebangsaan Kesinambungan Perjuangan Tokoh–Tokoh Terdahulu

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang boleh menjadi medan bagi meneruskan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd. Ismail, sambutan itu dilaksanakan bukan hanya bertujuan mencapai salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semata-mata.

“Penganjurannya bukan hanya sekadar satu program bagi mencapai satu KPI semata-mata, kita perlu melihat penganjuran serta penglibatan dalam program sebegini merupakan kesinambungan daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.

“Anggaplah apa yang kita laksanakan pada hari ini sebagai amanah besar yang perlu kita pikul bersama sebagai kesinambungan dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan,” katanya.

Rithuan berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia wajib mempertahankan dan menghayati kemerdekaan ini dengan tindakan yang mampu menjadi benteng penjajahan bentuk baharu iaitu penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi.

Pelbagai pengisian diadakan dalam program tersebut antaranya Senam Seni Merdeka, Aktiviti Berjalan 6,600 Langkah Merdeka, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda