Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Semarak Gemilang Pengkalan Datu Meriah

By 30 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairunnisa Ismail/Noor Haswan Azman (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pasar Warisan Pengkalan Datu, di sini yang dikenali sebagai Pasar Selasa, meriah dengan Program Semarak Gemilang 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, semalam.

Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor dalam ucapannya menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah maruah seluruh rakyat Malaysia.

“Ianya perlu dihormati sebaik mungkin dan kaedah pemasangan juga seharusnya betul.

“Kemerdekaan adalah milik kita semua dan pada tahun ini negara menyambut Hari Kemerdekaan dengan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Justeru itu, merdeka perlu dikecapi bersama-sama tanpa mengira fahaman politik ataupun parti,” katanya.

Pengunjung Munira Mohamed, 48, tidak menyangka kunjungannya ke pasar tersebut pada hari ini (Selasa) lebih bermakna apabila berkesempatan meraikan program.

“Saya sempat melihat perarakan bot merdeka yang menarik,” katanya.

Pelbagai acara mewarnai program kali ini seperti Senamrobik Merdeka dan pertandingan nyanyian Bintang Patriotik, pertandingan dan perarakan bot berhias.

Turut hadir pemimpin-pemimpin setempat serta wakil-wakil Komuniti Madani berdekatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda