
Laporan/foto: Rahimah Rafiai Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menyertai Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara di Dataran Merdeka.
“Tidak ada mana-mana pihak boleh menyangkal bahawa Tun Dr. Ismail sebagai seorang pejuang bangsa, nasionalis tulen dan juga merupakan seorang pejuang kebangsaan.
“Keperibadian Tun Dr. Ismail perlu dihidupkan di dalam budaya politik negara iaitu tegas, menolak sebarang bentuk rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa,” kata Anwar Ibrahim.
Majlis diadakan sempena Bulan Kebangsaan bertujuan mengenang jasa serta mengangkat pemikiran Allahyarham Tun Dr. Ismail sebagai figura penting dalam tadbir urus dan perpaduan negara.
Majlis dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu pameran foto Tun Dr. Ismail Al-Haj, elemen seni budaya tradisional dan sastera serta tayangan dokumentari khas Sasterawan Negara Datuk Rahman Shaari yang turut mendeklamasi sajak ‘Penyusun Rukun Pengukir Harmoni’ sebagai menghargai jasa bakti Tun Dr. Ismail.
Pengunjung yang hadir turut berpeluang melihat sendiri koleksi peribadi Allahyarham Tun Dr. Ismail.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa Kamariah Shakirin Mustapha iaitu waris keluarga Allahyarham Tun Dr. Ismail.
-ZS-