Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PJR Bergerak Bantu Orang Ramai Membeli dengan Harga Murah

By 3 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusmila Yusof/Ahmad Azlan (Sik)

SIK, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Sejak Program Jualan Rahmah (PJR) Bergerak bermula ianya sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat terutamanya golongan B40.

Semalam, PJR Bergerak di Tapak Pasar Felda Teloi Timur, di sini diserbu orang ramai terutama suri rumah sejak pukul 9.00 pagi lagi.

Menurut suri rumah Che kalsom Arshad, 59, PJR Bergerak ini wajar diadakan sebulan sekali di kawasan mereka.

“Di sini tiada pasar raya besar untuk kami membeli barang keperluan dapur dengan harga yang murah. Program ini wajar diteruskan,” katanya

Sementara itu Nazilah Nordin, 51, amat teruja dengan program ini.

“Hari ini saya mengambil peluang untuk membeli beras, ayam, minyak masak dan lain-lain barang keperluan,” ujarnya yang merupakan peniaga nasi lemak di Felda Teloi Timur.

Seorang warga emas Khamis Bakar, 70, melahirkan rasa gembira dengan adanya PJR Bergerak di kawasannya.

“Ianya sekali gus memudahkan orang ramai membeli barangan asas dengan harga yang murah,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda