
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 65,000 pelajar sedang dibantu menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) secara percuma anjuran kerajaan Selangor tahun ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya meletakkan sasaran 100,000 pelajar menyertai PTRS di samping meningkatkan kualitinya.
“Sebelum tahun 2018, hanya 6,500 pelajar sahaja menyertai PTRS namun ketika ini angka tersebut telah meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa perasmian penutup Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 2023 di Komplek Selayang Mall, di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz.
Menurut Amirudin, hari terbuka yang dianjurkan sangat bermanfaat untuk merapatkan institusi pendidikan dengan komuniti.
“Pendekatan ini boleh merapatkan institusi pendidikan, sekolah dengan masyarakat dan tidak terperangkap di dalam kerangka sekolah sahaja,” katanya.
-ZS-