Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ekonomi Digital Negara Mampu Diperkasa Dengan Penglibatan Lebih Ramai Pelajar – Yeo

By 8 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
YEO DigitalNinja
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh/Alif

PUTRAJAYA, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, telah merasmikan program Digital Ninja #GirlsInTech, sempena menyambut kempen global tahunan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, International Girls in ICT 2023, yang bertujuan menggalak penglibatan murid-murid perempuan dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurut Teo, program sebegini amat penting untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang teknologi digital dari peringkat sekolah, untuk memberi pendedahan awal sebelum mereka ke alam pekerjaan.

“Negara berada di landasan yang tepat dalam pembangunan ekonomi digital, yang kini menyumbangkan kira-kira 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan ia bakal melonjak kepada 25.5 peratus menjelang tahun 2025,” ujarnya.

Tambahnya lagi, angka ini akan terus meningkat dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang, jika para pelajar sekolah pada hari ini, menunjukkan minat untuk bersama-sama memperkasakan ilmu dan kemahiran digital dengan menceburi Pendidikan STEM.

Program Digital Ninja anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), membuka peluang kepada pelajar sekolah berwarganegara Malaysia berumur 11 hingga 16 tahun, yang berbakat dalam bidang teknologi digital bagi mengasah lanjut bakat digital dan kemahiran, serta memberi pendedahan kepada pemikiran inovatif, kreatif, kemahiran penyelesaian masalah dan keusahawanan.

Program ini telah melahirkan 607 Digital Ninja sejak 2017 hingga 30 Julai lepas, dengan 200 daripadanya adalah pelajar perempuan.

Program yang berlangsung selama dua hari (7 & 8 September) membawa para peserta menaiki koc Keretapi Tanah Melayu (KTM), disewa khas dari Stesen KTM Kuala Lumpur ke Stesen KTM Batu Gajah, Perak, seterusnya ke Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar.

Sementara itu, MDEC akan menganjurkan Karnival Tahunan #mydigitalmaker 2023 pada 6 hingga 8 Oktober 2023, bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Program ini akan memberi peluang murid-murid sekolah untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti seperti robotik, pengekodan, ciptaan dan innovasi, realiti maya serta pameran teknologi digital secara langsung. Masuk adalah percuma.

-HS-

Tinggalkan komen anda