Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jualan Rahmah Kasih Sayang Bergerak MITC Penuhi Harapan Pengguna

By 14 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat dan merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menurut peniaga daging Shah Dilan Shaari, 38, pihaknya telah menjual daging pada harga RM32 sekilogram berbanding harga pasaran RM38 sekilogram.

“Penurunan sebanyak RM6 ini diharap mampu membantu pengguna mendapat harga yang terbaik.

“Kami sentiasa cakna dan akan bersama membantu kerajaan dan rakyat dalam mengurangkan beban rakyat ketika ini,” ujarnya.

Pengguna Noriah Abu Bakar, 46, ketika ditemui, berkata harga barang-barang di PJR Kasih Sayang ini benar-benar di bawah harga pasaran seperti telur, ayam, bawang, beras, tepung dan minyak.

“PJR ini harus kerap dilaksanakan supaya rakyat sentiasa memdapat barangan keperluan dengan harga berpatutan.

“Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif ini,” katanya ketika ditemui di PJR sempena Hari Bertemu Rakyat di Melaka International Trade Centre (MITC) pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda