Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Pagoh Meriah

By 14 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Muhammad Aidil Md Lazim

MUAR, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Sri Mentulang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, di sini hari ini meriah dengan pelbagai aktiviti untuk memupuk semangat patriotik cintakan negara.

Majlis yang diadakan  telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Tuan Haji Zaid Abdul Rahman.

“Antara tugas pelajar pada masa akan datang adalah untuk membawa peranan dalam mengenang jasa pejuang-pejuang negara dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap pelajar.

“Saya juga berharap agar sambutan ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar,” ujarnya.

Antara pengisian majlis adalah sukan rakyat seperti ketingting, guli, ‘capteh’, baling selipar, tarik upih dan boling kelapa yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima.

Turut hadir Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Tuan Haji Razak Johar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda