
Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Firdaus Rashid (Barat Daya)
MAHSURI, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mahsuri, Pantai Jerejak semalam telah mengadakan program konvoi sempena Hari Kemerdekaan ke-66 dan Hari Malaysia.
Konvoi melibatkan 50 buah motorsikal itu bermula dari Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam dan berakhir di Padang Mahsuri diketuai Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Negeri Pulau Pinang
Abdul Malek Abdul Razak dan dibantu oleh Skuad Uniti Daerah Seberang Perai Utara.
Menurut pengunjung Salmah, 58, program yang diadakan bertepatan dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriostime bersama komuniti setempat.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang Tuan Rohai Zahar Nedi.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan teh tarik, gubahan tuala, persembahan busana dan pakaian tradisional kanak-kanak Tadika Perpaduan Bayan Baru.
-ZS-