
Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Krisha Selladurai
PONTIAN, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan kagum dan memuji prestasi para pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang lalu.
“Kecermerlangan ini adalah luar biasa kerana Kolej Tingkatan Enam Pontian bukan sahaja nombor satu di negeri Johor bahkan nombor satu dalam negara yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun 2022.
“Hasil keputusan memberansangkan ini, 99.0 peratus pelajar kolej ini berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian di Program Anugerah Kecemerlangan Akademik STPM) kolej tersebut, di sini semalam.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Pontian Abdul Rahman Salleh dan Pengetua Abdul Rahman Mohd Nor.
-ZS-