Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Lapan Daerah Kibar Jalur Gemilang Serentak Tanda Semangat Cintakan Negara

By 11 September 2023September 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Mohd Izham A Wahid (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 300 peserta dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Terengganu Merdeka Hike (TMH) telah mengadakan pendakian di Bukit Maras, di sini kelmarin yang turut diadakan serentak di lapan lokasi dan lapan daerah di negeri Terengganu.

Setiausaha Kelab Sukan Rekreasi Bukit Maras Mohd Izham Mohd A Wahid, berkata pendakian Jalur Gemilang ini diadakan secara serentak di lapan buah daerah di dalam Terengganu melibatkan Bukit Pejajat di Kemaman, Bukit Bauk Dungun, Bukit Lubuk Batu Marang, Bukit Besar dan Bukit Tok Sala Kuala Terengganu, Bukit Balik Hidung Hulu Terengganu, Bukit Maras Kuala Nerus serta Bukit Keluang di Besut.

“Program ini diadakan pada setiap tahun bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan mempromosikan lokasi pendakian yang berkonsepkan riadah serta rekreasi harian untuk keluarga,” katanya.

Tambahnya, peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat begitu bersemangat mendaki Bukit Maras sambil membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang trek pendakian sehingga ke puncak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda