Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lebih 1,000 Banjiri Majlis Perkahwinan Banjar

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Haziqah Nabilah Zainon (Kerian)

BAGAN SERAI, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 1,000 orang membanjiri Karnival Santai Makanan dan Perkahwinan Banjar 2023 di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, di sini pada Sabtu.

Penyelaras program Rahim Dahali, 65, berkata program yang dirancang lebih enam bulan lalu adalah cetusan idea tuan rumah sendiri bagi meraikan perkahwinan anak bongsunya.

“Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan tradisi Banjar kepada generasi muda agar tidak dilupakan pada masa akan datang memandangkan daerah ini kaya dengan adat dan tradisinya,” ujarnya ketika ditemui.

Pelbagai pengisian telah diatur bagi mengetengahkan semula adat masyarakat Banjar seperti tetamu membawa rantang (bekas makanan), himpunan wadai (kuih) banjar, silat pengantin, makan bertalam, pantun sambut pengantin, potong pulut kuning dan meja santapan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda