Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Masyarakat Orang Asli Sungai Pergam Semarak Hari Kemerdekaan

By 15 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)/Hafizah Rahim (Terengganu)

KEMAMAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 250 masyarakat Orang Asli menyemarakkan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam Program Semarak Kemerdekaan Bersama Komuniti Orang Asli Sungai Pergam di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam di sini semalam.

Program kesedaran keselamatan yang dirangka khusus menyambut bulan kemerdekaan itu bertujuan untuk menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan komuniti Orang Asli serta mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan dan masyarakat.

Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu Wan Suhaini Wan Mohamad, berkata program diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang bakal beberapa hari lagi.

“Pengisian program diharapkan dapat meningkatkan semangat patriotik serta kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan negara,” katanya.

Penolong Pengarah Keselamatan Negeri Nurul Laila Suhaimi dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Mohd Othman Abu Bakar turut menyampaikan taklimat isu semasa mengenai kesedaran keselamatan dan berita palsu.

Selain perarakan kemerdekaan serta kibaran Jalur Gemilang, pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik, cabutan bertuah dan sukaneka turut diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda