
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/SMKRR
LABUAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Pertandingan Putera Puteri Merdeka Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha (SMKRR), di sini kelmarin menyerlahkan kepelbagaian budaya serta kebijaksanaan pelajar-pelajar sekolah itu.
Menurut Guru Penyelaras Program Sapri Idris pertandingan itu adalah sebahagian pengisian Program Semarak Bulan Merdeka SMKRR yang dilaksanakan dari 22 Ogos hingga 16 September ini.
“Pertandingan anjuran bersama Pusat Sumber SMKRR, Panitia Sejarah serta Kelab Malaysiaku itu mendapat sambutan daripada kalangan pelajar.
“Setiap peserta memperagakan busana berunsurkan semangat cintakan Malaysia. Mereka diberi kebebasan menggayakan apa sahaja fesyen dengan warna-warna Malaysia atau memilih pakaian tradisional,” katanya kelmarin.
Tambahnya, kebijaksanaan pelajar juga diuji dengan soalan-soalan berunsur kenegaraan.
“Pertandingan sumpama ini bukan saja medan untuk mereka berhibur tetapi sebagai satu program yang memberi ilmu serta mambangkitkan semangat cintakan negara.
“Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka dan Pertandingan Melukis Poster turut diadakan sebagai wadah meningkatkan lagi semangat cinta negara dalam kalangan pelajar,” katanya.
-ZS-