
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS
BATU CAVES, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Kampung Wira Damai bakal menjadi tumpuan orang ramai sekali lagi apabila Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan Karnival Ekstrem Gua Damai, di sini pada 16 dan 17 September ini.
MPS dalam satu kenyataan memaklumkan karnival yang dianjurkan bagi edisi kelapan itu akan berlangsung selama dua hari dengan pelbagai acara menarik untuk orang ramai.
âAntara sukan ekstrem seperti âBase Jumpâ, âRock Climbingâ, Memanah, âFlying Foxâ, âTree Climbingâ, âPaint Ballâ, âAbseilingâ, futsal dan senamrobik.
âOrang ramai adalah dijemput hadir bagi merasai sendiri pengalaman ekstrem tersebut dan memeriahkan lagi karnival yang dianjurkan ini,â katanya.
Menurutnya, pengunjung boleh membeli kupon yang berharga RM5 untuk satu sukan ekstrem selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang karnival ini berlangsung.
âKarnival sukan ekstrem seperti ini dapat menggalakkan masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti riadah bagi mengamalkan gaya hidup sihat selain menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam mempromosikan lokasi pelancongan sukan ekstrem.
âUntuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Landskap MPS di talian 03-61266016,â jelasnya.
-ZS-