Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Komunikasi Tindakan Setempat Mendapat Respons Positif

By 5 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Anizan Mat Daud

KOTA BHARU, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Program Komunikasi Tindakan Setempat selama dua hari dan berakhir semalam di sekitar Pasar Kubang Pasu mendapat respons positif masyarakat setempat yang terlibat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr. Hafidzah Mustakim program sebegini memberi kesedaran mengenai pentingnya kebersihan dan kesihatan kepada masyarakat.

“Ini merupakan realisasi saya sebagai ADUN untuk berkhidmat dan memberi perkhidmatan terbaik di bawah kerajaan perpaduan bagi memajukan lagi kawasan ini,” katanya semalam.

Antara pengisian program yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan masyarakat setempat itu ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pasar dan mengecat pagar sekitar pasar

Jabatan Penerangan Negeri Kelantan turut mengedarkan dan melekatkan Jalur Gemilang kepada di kenderaan awam yang melalui jalan utama Pasar Kubang Pasu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda