Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Jualan Agro Madani Bantu Rakyat Beli Barang Keperluan Lebih Murah

By 27 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Fadli Yusof

KEMAMAN, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jualan Agro Madani yang diadakan di Pejabat Peladang Kawasan Kemaman, Chukai, di sini semalam memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih murah berbanding pasaran.

Pengerusi Persatuan Peladang Wahab Abdullah, berkata sebanyak 450 kampit beras seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM26 manakala 50 kampit beras 5 kilogram pula telah dijual dengan harga RM13.00.

“Selain beras, terdapat juga barangan jualan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran turut dijual dalam program jualan tersebut,” katanya.

Salah seorang pengunjung jualan Razali Hassan, 45, berharap program jualan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda