Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

TalentCorp Membangunkan Bakat Masa Hadapan Melalui Geran Dana Kebolehpasaran Graduan

By 27 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Syarifah Alia Syed Nasir (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Geran Dana Kebolehpasaran Graduan mynext oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah menyediakan dana kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang aktif dengan amaun maksimum sebanyak RM100,000 dalam tempoh tiga tahun untuk setiap institusi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TalentCorp Thomas Matthew, berkata matlamat utama pembiayaan dana ini adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan platform mynext TalentCorp yang menyediakan penilaian psikometrik, peluang latihan dan alat pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan peribadi dan profesional pelajar.

“Geran ini mewakili pencapaian penting dalam usaha Malaysia untuk memupuk tenaga kerja yang mahir serta boleh beradaptasi dengan keadaan semasa dan akan datang.

“Ia sumbangan kami kepada institusi yang mempunyai rancangan untuk menjalankan aktiviti tetapi mempunyai sumber kewangan terhad,” katanya, di sini semalam selepas majlis prapelancaran inisiatif tersebut yang dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia (KSM) S. Siva Kumar.

Sementara itu, program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kementerian Sumber Manusia Peringkat Zon Selatan yang turut diadakan mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan penggerak industri.

Orang ramai yang hadir turut berkongsi pandangan, pertanyaan, komen, cadangan dan aduan berkaitan perburuhan, kesatuan sekerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda