Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sultan Terengganu Rasmi Menara MBKT

By 20 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Kuala Terengganu sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun pemerintahan baginda, di sini pagi tadi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Menara MBKT yang bernilai RM200 juta itu mempunyai ketinggian 30 tingkat adalah bangunan yang tertinggi di negeri Terengganu.

“Menara MBKT yang siap sepenuhnya pada 4 Julai tahun lalu disediakan dengan kemudahan fasiliti sokongan dan diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada warga MBKT selain memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga Bandaraya Kuala Terengganu,” katanya.

Tambah beliau, Menara MBKT dibina di atas tapak seluas 5.49 ekar dengan keluasan 66,377.20 meter persegi dan mampu menempatkan hampir 1000 kakitangan MBKT.

Dalam pada itu, Sultan Terengganu turut berkenan berangkat ke Pameran Jubli Perak 25 Tahun pemerintahan baginda di Galeri Aras Bawah, Menara MBKT.

Pameran yang dibuka kepada orang ramai akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda