
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Penjawat awam di negeri Perlis menyambut baik perbentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI untuk memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian untuk penjawat awam bagi menghadiri upacara rasmi iaitu bagi pakaian batik Malaysia kepada yang layak.
Seorang guru perpaduan di Tabika Perpaduan Taman Kemajuan Magalaksi Dewarajo, 40, berkata inisiatif bantuan bayaran pakaian batik dilihat bukan hanya membantu meringankan beban penjawat awam bagi penyediaan baju batik Malaysia yang telah di wajibkan setiap hari Khamis, namun juga ia dapat mengembangkan industri batik Malaysia itu sendiri.
Pemakaian batik Malaysia ini menjadikan identiti dan penampilan penjawat awam kemas dan mengikut peraturan sedia akan sentiasa dipatuhi.
Petugas di Mahkamah Negeri Perlis Afifi Mahalim, 31, berkata bantuan tersebut akan memastikan penjawat awam mempunyai imej dan keterampilan seperti yang termaktub dalam Peraturan Am Pejabat.
“Bantuan bayaran pakaian untuk penjawat awam bagi menghadiri upacara rasmi yang diumumkan baru-baru ini dilihat sebagai satu isyarat kerajaan memahami keperluan penjawat awam.
“Pada masa yang sama menaikkan imej penjawat awam untuk sentiasa berpenampilan kemas,” ujarnya semalam.
-ZS-