Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Ex-Penyu 2023 Uji Lapangan Terbang Sultan Mahmud Hadapi Bencana Udara

By 26 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Adli Ishak (Terengganu)

KUALA NERUS, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Latihan Amal Bencana Udara Ex-Penyu 2023 telah berjaya menguji tahap kesiapsiagaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menghadapi sebarang bencana, semalam.

Latih Amal Bencana (Ex-Penyu) 2023 oleh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menerusi Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pemadam Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) diadakan dengan kerjasama 16 agensi kerajaan dan swasta.

Pengurus Besar AFRS Mohd Hidayat Ismail memaklumkan, latihan amal ini bertujuan menguji keberkesanan pelan kecemasan lapangan terbang LTSM, kecekapan komunikasi dan kepantasan tindak balas semua agensi kerajaan dan swasta termasuk Malaysia Airports.

“Memandangkan latihan ini julung-julung kali diadakan di luar kawasan lapangan terbang serta menjadi kejayaan besar untuk semua dan semoga latihan ini dapat meningkatkan tahap kepekaan yang tinggi kepada semua pihak yang terlibat bagi menghadapi sebarang bencana kelak,” katanya.

Latihan Amal Bencana Udara ini telah diadakan merangkumi Latihan Sekala Penuh (Full Scale Excersice) dan latihan ‘table-top’ iaitu salah satu teknik latihan dalam bentuk diskusi untuk memberikan pemahaman, penyempurnaan dan mengkaji peraturan yang ada sepertimana yang terkandung di dalam Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrome) 2016.

-ZS-

Tinggalkan komen anda