Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PJR Bergerak Berkonsepkan ‘Kedai Mencari Rakyat’

By 26 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Haizir/Hazwan Hassan (Langkawi)

LANGKAWI, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) Bergerak yang berkonsepkan ‘kedai mencari rakyat’ telah diadakan di dua lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbeza di daerah ini, semalam.

Jeti Kilim Geoforest Park dan Masjid Al Ehsan, Temonyong dipilih sebagai lokasi PJR Bergerak yang bertujuan meringankan beban rakyat di daerah ini.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Langkawi Abdul Rafar Wahid, pelbagai jenis barang keperluan seperti ayam, ikan, minyak masak dan beras serta gula boleh didapati dengan harga yang murah berbanding harga pasaran’

“Gula putih dan minyak paket dijual pada harga serendah RM2.85 (1kg) dan RM2.50 (1kg) yang dihadkan hanya dua pek kepada setiap pembeli.

Menurut beliau lagi, pihak KPDN bercadang untuk memperluaskan lagi PJR Bergerak ini ke kawasan yang sukar diakses seperti Kepulauan Tuba.

Pengunjung yang di temui Embun Saad, 66, berkata PJR yang dibuat walaupun hanya sebulan sekali namun ianya amat membantu.

“Saya mencadangkan agar program jualan ini diadakan seminggu sekali di lokasi terpilih,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda