Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Cinta Rasul Disambut Meriah

By 2 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (LMS)/Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama

TAIPING, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Masjid Daerah Taiping, baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Orang Besar Jajahan LMS Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali, berkata sambutan yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ bertepatan dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Memupuk semangat kecintaan dan tauladan kepada Rasulullah SAW adalah perkara terbaik bagi menuntut akhlak murni terutama daripada golongan belia agar tidak terus terjebak dengan dunia sosial.

“Saya menyeru anak muda agar belajarlah mencintai dan menyemat rasa kasih kepada baginda Rasulullah SAW,” ujarnya ketika merasmikan majlis.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan azan bagi kategori kanak-kanak, pertandingan khutbah bagi kategori dewasa, perarakan konvoi bermotosikal dan perarakan berjalan kaki sambil membawa sepanduk.

Turut hadir sama Pegawai Daerah LMS Mohd Nasrul Menhat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda