
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Seribu kampit beras lima kilogram yang berharga seringgit sekampit habis di jual dalam tempoh setengah jam kepada orang awam, di sini semalam.
Pengasas Yayasan Misi Rakyat Malaysia Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, berkata program ‘Beras RM1 ini bukan berdasarkan keuntungan tetapi bertujuan untuk memberi peluang kepada orang yang kurang berkemampuan untuk membeli beras.
“Orang ramai telah mula berkumpul di perkarangan Medan Selera Pusat Transformasi Bandar (UTC), Sena ini sejak pukul 7.00 pagi.
“Kami edarkan sebanyak seribu kupon kepada bakal pembeli awal dan jualan beras bermula pada pukul 9.00 pagi,” ujarnya.
Tambah Ahmad Faiz lagi, hasil perbelanjaan untuk membeli beras ini adalah sumbangan orang ramai kepada Yayasan Misi Rakyat
“Hasil kutipan seringgit setiap jualan yang kita dapat pada hari ini akan dimasukan semula ke dalam tabung yayasan untuk misi seterusnya di tempat lain,” katanya.
-ZS-