
Laporan/foto: Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Setiu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
SETIU, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu melalui Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) menganjurkan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) Khas bertempat di Sibling’s Cottage & Camp Site Merang, di sini kelmarin.
“Penganjuran program Komtis Khas ini bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara jabatan dan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.
“Selain menyampaikan maklumat tepat mengenai isu terkini berkaitan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO), Jenayah Scammer yang semakin berluasa dan juga kesedaran bahaya Berita Palsu kepada golongan sasar,” kata Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu Sait Yaman.
Pelatih daripada Pejabat Kesihatan Daerah Mohd Amir Hakim Jaafar, 21, melahirkan rasa bertuah dipilih menyertai program ini.
“Banyak maklumat dan pengetahuan yang berkaitan berita palsu seperti ‘scammer’ dan cara mencegah daripada ditipu,” katanya.
Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah JaPen Negeri Terengganu (Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat) Saharrudin Mohamed, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu ASP Noor Shahira Adam dan wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) daripada Pusat Ekonomi Digital Kluster Setiu, Fatimah Nurhidayu.
-ZS-