Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Malam Cinta Rasul Kukuhkan Ikatan Ukhwah Umat Islam

By 16 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir/Nor Sofian Abdul Manan

SEGAMAT, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Malam Cinta Rasul Daerah Segamat yang diadakan di Dataran Segamat, semalam telah diadakan bagi mengukuhkan ikatan ukhwah antara umat Islam.

Program anjuran Pejabat Kadi Daerah Segamat ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat Daerah Segamat.

Seorang peserta yang hadir Kamal Ibrahim, 44, berasa sangat teruja dengan majlis yang diadakan.

“Program keagamaan seperti ini mendapat sambutan yang sangat baik dan berjaya menguatkan ukhwah sesama umat Islam tanpa mangira usia,” katanya.

Sambutan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti santapan rohani, solat isyak berjemaah, berzanji, marhaban, bicara belahan jiwa dan persembahan nasyid.

Slot santapan rohani telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Johor Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Faisal Mohamed, diikuti bicara belahan jiwa yang disampaikan oleh Kadi Daerah Segamat As Syeikh Haji Mohamad Hamizan Sayuti dan persembahan nasyid daripada artis jemputan iaitu kumpulan InTeam serta Far East.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang Hajjah Haslinda Salleh, ADUN Pemanis Haji Anuar Manap, Pentadbir Tanah Segamat Tuan Haji Mohd Helmi Datuk Haji Sha’ri@Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat YM Ungku Mohd Tahir Ungku Zakaria, Tuan Kadi Daerah Segamat As Syeikh Haji Hamizan Sayuti dan ketua–ketua jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda