Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

MDKP Serah 24 Kiosk kepada Peniaga

By 24 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)/Ammar Haziq Ibrahim (MDKP)

KUALA PILAH, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Kuala Pilah telah berbesar hati untuk menyerahkan kiosk perniagaan yang dianggarkan berharga RM360,000 bagi Fasa Satu kepada penerima-penerima, di sini pagi tadi.

Seramai 24 penerima kiosk hadir bagi menerima surat lantikan terimaan kiosk terbabit bagi meneruskan perniagaan mereka.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) Mohd Faizal Abd Manap, kiosk-kiosk terbabit yang dibina di beberapa tempat di sekitar Kuala Pilah akan memberikan imej yang bersih dan bagus kepada orang luar.

“MDKP menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama menerima kiosk ini dan diharapkan dengan adanya kiosk ini, dapat mmmberikan keselesaan kepada penjaja dan menyimpan barang serta alatan meniaga tanpa perlu dibawa balik,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Kiosk @ KPKT Majlis Daerah Kuala Pilah.

Kawasan yang terlibat menerima kiosk hari ini ialah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti, Johol, Senaling, Pilah dan Juasseh penerima.

ADUN Seri Menanti Mohd Sufian Maradzi hadir merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda