Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelajar Politeknik PD Ceriakan Penghuni Teratak Ummi

By 11 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Inisiatif 35 pelajar Diploma Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson mengadakan kunjungan ke Rmah Teratak Ummi, di sini ternyata menghadirkan keceriaan buat penghuni rumah tersebut.

Program sehari itu diisi dengan pelbagai pengisian seperti senamrobik, aktiviti permainan susun suai gambar dan ā€˜musical ball’ serta gotong-royong menceriakan rumah tersebut.

Menurut pengarah program, Iffah Qistina Mohd Shafiee, 20, program yang dinamakan ‘Kami Kasih Kami Sayang’ bertujuan mengeratkan silaturahim di samping menghulur sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

ā€œAktiviti yang dilakukan di sini dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada kami terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

ā€œPembabitan dalam aktiviti sebegini berjaya mengeratkan hubungan, sekali gus berkongsi keceriaan antara satu sama lain,” katanya yang ditemui semalam.

Turut hadir penyelia kursus, Farhah Idris dan Siti Nurbaya Mat Rofa.

Sementara itu seorang pelajar, Alya Sabrina Abdul Razak, 20, berkata beliau sangat terharu dapat menyertai program ini kerana dapat meluangkan masa bersama anak anak yatim dan asnaf.

“Ia dapat memberi kesedaran untuk saya agar sentiasa menghargai masa bersama dengan keluarga sebelum mereka tiada.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyumbang untuk menjayakan program program ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda