Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Acara Renang Dipertandingkan di Karnival Sukan Kukusan 

By 11 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Liza Abdullah (Sabah)

TAWAU, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya acara renang dipertandingkan di Karnival Sukan Kukusan yang akan diadakan bermula 13 hingga 15 Oktober ini.

Dalam karnival itu, acara renang bagi kategori lelaki 50 meter gaya bebas akan dipertandingkan dengan penyertaan seramai 72 orang.

Menurut wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Kukusan Rina Jainal, terdapat acara sukan lain diadakan seperti badminton, memanah, sukan rakyat, e-sukan, larian ria dan banyak lagi.

“Hampir kesemua acara sukan akan dilaksanakan di Kompleks Sukan Tawau sebagai memanfaatkan fasiliti yang terdapat di pusat sukan tersebut,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di pejabatnya di Taman King Fook, di sini pada Isnin.

Tambahnya, karnival tersebut bertujuan menyantuni para belia, penggiat serta peminat sukan di seluruh daerah Tawau dan Kalabakan sempena Sambutan Hari Sukan Negara yang dihimpunkan dalam satu program yang sama.

“Justeru, semangat kesukanan yang ditekankan dalam karnival ini diyakini akan dapat merapatkan jurang politik, agama, kaum dan bangsa sekali gus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Sebanyak 13 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dalam menjayakan karnival sukan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda