Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pertandingan Melakar Mural Beri Peluang Pelajar Kenali ASEAN

By 12 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhaliza Ridzuan/Nazlia Naim (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pertandingan Melakar Mural Kenali ASEAN mampu memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkaitan negara-negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Penanti Suhaida Haroon, 40, berkata program ini juga dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan pelajar berkaitan sambutan Hari ASEAN ke-56 dan Kenali ASEAN.

“Program seumpama ini perlu diteruskan supaya para pelajar dapat didedahkan dengan amalan demokrasi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu pelajar tingkatan lima Mohd. Fitri Ismail, 17, berkata beliau berasa bertuah kerana dipilih untuk menyertai program pada hari ini.

“Banyak maklumat dan ilmu baharu yang saya terima dalam program ini,” katanya.

Pertandingan peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) bertemakan ‘Promoting Regional Sustainable Growth’ diadakan sempena sambutan Hari ASEAN ke-56.

Kira-kira 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti telah mengikuti taklimat pertandingan yang telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa JaPen Shaniza Azren Mohamed Shah di Program Demokrasi Kita Kelab Malaysiaku sekolah tersebut, di sini semalam.

Maklumat berkaitan pertandingan boleh didapati melalui https://www.facebook.com/BPAJaPen/.

-ZS-

Tinggalkan komen anda