Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI Dibentang Petang Ini

By 13 Oktober 2023Oktober 17th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI pada petang ini.

Tengah hari semalam Anwar telah meluangkan masa meninjau persiapan terakhir di Hari Tinjauan Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan, di sini.

Pada sesi tersebut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Diharap Belanjawan pada kali ini dapat memacu agenda pembangunan kebajikan rakyat serta melonjak pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Menurut Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Anwar turut menyatakan penghargaan terhadap warga Perbendaharaan yang disifatkan sebagai luar biasa kerana sedia berkorban dan bertungkus lumus menyiapkan laporan ekonomi, fiskal dan Belanjawan 2024.

“Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada jentera Perbendaharaan ini, luar biasa kerja dengan tekun.

“Ada yang tidak balik rumah, ayah sakit pun tangguh sekejap, hari lahir anak pun tak dapat diadakan acara. Jadi itu tahap pengorbanan staf untuk siapkan laporan ekonomi, fiskal dan belanjawan.

“Jadi, tidak akan ada kekuatan itu, pencapaian itu tanpa kerjasama seluruh keluarga Perbendaharaan termasuk pasukan keselamatan,” katanya.

Pembentangan Belanjawan 2024 boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia pada pukul 4.00 petang ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda