Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

RICE Melaka @ UTEM Pertama di Malaysia

By 15 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

MELAKA, 15 Okt (Malaysiaktif) – Kerajaan Negeri Melaka menjadi negeri pertama yang mewujudkan Pusat Penyelidikan, Inovasi, Perkomersilan dan Keusahawanan atau Research, Innovation, Commercialisation dan Entrepreneurship (RICE) Melaka @ Universiti Teknikal Melaka (UTeM) bagi pembangunan sosio-ekonomi di peringkat negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, berkata tujuan penubuhan RICE Melaka @ UTeM ini adalah bagi mencapai objektif selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035), Smart Melaka Blueprint 2035 (SMB 2035) dan Pelan Pembangunan Mampan (SDG).

“Saya juga berharap RICE Melaka @ UTeM dapat menjadi Pusat Kecemerlangan (Excellence Centre) yang unggul dan mampu menarik lebih banyak pihak untuk terlibat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D), pengkomersialan serta inovasi di negeri Melaka,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut di Melaka International Trade Center (MITC) Melaka semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda