Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Kantin Beri Pendedahan Awal Pengurusan Kewangan

By 31 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Hazwan Hassan (Langkawi)

LANGKAWI, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Kantin Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Langkawi di Dewan As-Syifaa, Padang Matsirat, di sini semalam berlangsung dengan meriah dan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan gerai jualan dan sukaneka.

Pegawai Perpaduan Daerah Langkawi Mohd Norazam Azizan, berkata matlamat utama program adalah membantu dan mengajar anak-anak dalam pengurusan kewangan di mana anak-anak ini membuat pembelian secara terus.

“Di sini mereka menjalankan aktiviti jual beli, secara tidak langsung mengajar mereka asas matematik yang mereka pelajari di tabika dan seterusnya akan diguna pakai apabila mereka berada di alam persekolahan nanti,” ujarnya.

Menurut guru Muhamad Syafiq Ahyat, 36, program tersebut sangat baik dan mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa dan penjaga walaupun berlangsung pada hari bekerja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda